Monday, January 17, 2011

MERAWAT SIHIR DENGAN BERBEKAM







MERAWAT SIHIR DENGAN BERBEKAM

1. Baginda membuang sihir tersebut dan menolaknya. Baginda berdoa kepada Tuhannya untuk  membantu baginda dalam hal ini. Baginda mengeluarkan alat guna-guna yang dimasukkan pelakunya ke dalam perigi. Ternyata rambut baginda yang terdapat pada sebuah sikat, kemudian dijemur dipanas tengahari. Ketika baginda mengeluarkannya, semua keluhan yang baginda rasakan segera hilang, seolah-olah  timbul semangat selepas kurang bermaya.

2. Membersihkan tempat dimana sihir itu mengendap, sebab sihir itu memberi kesan kepada tubuh dan penghadaman dalam badan, bahkan secara langsung mengganggu penghadaman.

Di dalam Gharibul Hadis , Abu ubaid menyebut dengan sanad yang hasan dari Abdurrahman bin Abi Laila : “Nabi saw pernah berbekam di bahagian kepalanya menggunakan tanduk, ketika baginda di serang thubb.” Maksud thubb disini adalah sihir.

Berbekam untuk merawat organ yang sakit kerana gangguan sihir termasuk jenis rawatan yang paling mujarab . Hippocrates menegaskan : “ Zat tertentu yang mesti dikeluarkan dari dalam tubuh mesti dipaksa keluar dari bahagian pengendapannya menggunakan perlbagai cara yang patut.” Ini berlaku sebelum baginda mendapat sistem perubatan yang hakiki, iaitu dengan cara menghalau dan menolak sihir tersebut. Baginda berdoa kepada Allah untuk menunjukkan dimana letak alat guna-guna yang disembunyikan pelakunya.

Di antara rawatan paling elok menghadapi sihir ialah menggunakan ramuan ubat berunsur ketuhanan, iaitu ramuan ubat yang secara hakikatnya sudah berkhasiat, sebab sihir timbul dari kesan dan pengaruh ghaib yang jahat dan rendah. Cara mengatasi pengaruhnya ialah dengan ditentang dan digempur melalui bacaan zikir, ayat dan doa yang secara aktif akan menghilangkan tindakbalas, kesan dan pengaruh sihir. Semakin kuat dan jahat kesan dan pengaruh sihirnya, semakin sukar pula proses menghilangkannya.

Menurut para dukun sendiri, ilmu sihir mereka akan bekerja secara penuh terhadap orang-orang yang berhati lemah dan perasa, terhadap jiwa manusia yang dipenuhi nafsu syahawat yang berkaitan dengan perkara-perkara yang hina., Justeru wanita dan anak-anak adalah mangsa utama ilmu sihir mereka, demikian juga dengan orang-orang yang jahil dan penduduk-penduduk terpencil, selain orang yang lemah agamanya, sedikit rasa tawakkalnya dan lemah pula tauhidnya. Selain itu umumnya mangsa sihir adalah orag yang tidak biasa berwirid, berdoa dan beristi`azah yang di ajarkan oleh nabi



1 comment:

  1. sila tinggalkan pesanan sekiranya ada sebarang kemuskilan dan pertanyaan

    ReplyDelete

Jika ada sesiapa yang nak commen silakan untuk kebaikan bersama, insyallah akan di jawab segera.