Friday, January 3, 2014

Resdung Hilang Dengan Bekam

RESDUNG HILANG DENGAN BEKAM
Pengalaman membuatkan diri ini mencari dan mencari tidak berhanti untuk mencari penawar resdung untuk diri ku dan juga anak-anak ku yang ku sayangi Dalam mencarai aku tertarik dengan atikal ini "sihir Hilang Dengan Bekam" Dari sini aku mencari mempelajari ilmu yang telah di tinggalkan oleh Rasullah yang telah lama di ketepikan, oleh masyarakat kita. Alhamdulilah banyak perubahan dan kesan yang ku rasai setelah berbekam, mulai dari itu aku melakukan bekam mengikut jadual untuk memastikan kesihatan ku, Jika sehat yang utama aku boleh beramal Hidup untuk beramal Jika sehat aku boleh berkerja Jika sehat aku boleh membesarkan anak Jika sehat aku boleh membantu orang yg memerlukan bantuan apa pun kena sehat dan di sini aku ingin menghadiahkan "Wajah Cantik Tanpa Resdung" Al Fatihah untuk Rasullah Keluarga baginda dan para sahabat, Al Fatihah untuk para nabi-nabi adan aulia, Al Fatihah untuk kedua ibu bapa yang ku sayangi, Al Fatihah untuk muslimin musilimat dan ahli kubur muslimin n muslimat, Al Fatihah untuk sekian para malaikat & wali2 Allah, Al Fatihah untuk sekian alam kejadian mu Ya Allah, Al Fatihah untuk jismul Zat. Akhir kata aku ingin memohon keampunan pada semua insan yang ku kenali dan yang mengenali diri ku sekiranya ada menyinggong perasaan dengan coretan ini. Sesungguhnya kau lebih mengenali dan mengerti isi hati ku Ya Allah "Sesungguhnya hidup untuk di uji di pentas dunia yang sementara" semoga Allah tidak menyasarkan diri ini Amin Ya Rabal Alamin Sesiapa Yang teringin nak bekam untuk hilangkan Resdung Jangan biarkan ulat-ulat resdung maharajalela hidup dengan selesanya
Hanya RM30.00 Untuk Keterangan Call 012 3392935 Membuang darah kotor di sekitar muka seperti pipi,dagu atau dahi.

Wednesday, November 6, 2013

Menyingkap Rahsia Gerakan Dalam Solat

Allah menjadikan tubuh manusia ini terdiri dari multi system yang secara ilmiahnya mampu melaksanakan pelbagai fungsi yang terdiri dari fungsi anatomi dan juga fungsi fizikal. Manakala segala fungsi ini di sokong oleh struktur bentuk tubuh, yang terdiri dari jaringan tulang, otot dan juga saraf. Kemampuan ini boleh di lihat dalam di waktu kita melakukan pelbagai aktiviti-aktiviti gerak tubuh. Fungsi gerak tubuh ini berfungsi melakukan pelbagai tugas yang berbeza di dalam tubuh kita yang terdiri dari 8 sistem antaranya adalah 1, Sistem saraf 2, Sistem pernafasan 3, Sistem jantung dan pembuluh darah 4, Sistem pencernaan

Indah Nya Islam & Penyatuan P.I.E.C.E

Indah Nya Islam & Penyatuan P.I.E.C.E
(Physical, Intelectual, Imotional & spiritual)


Asalamulaikum semua, dah lama rasanya menyepi tanpa berita tak update blog ni, rindu lak nak, Alhamdulilah sehat kurniaan Illahi maseh boleh bernafas menghirup udara mu ya Allah, mengecap kebahagiaan mu ya Allah, hidup dan matikan ku dalan keadaan orang yang terlalu rapat dan dekat dengan mu ya Allah....Amin,....Amin....Ya Rabal Alamin.........


Alangkah seronoknya sekiranya kita dapat menyatukan intelek, rohani, emosi dan jasmani menjadi satu?.....Mengabungkan spiritual, physical, emotional, intellectual dan social menjadi satu?....

Membuang Nilai dan Kebiasaan Tidak Baik

Ada di kalangan kita di satukan oleh permainan, ada juga yang di satukan dengan tv, dan ada juga yang bergaduh kerana sebuah tv yang mahu di tonatoni.  Malah ada juga ahli keluarga yang membuat perkara-perkara yang tidak bersesuaian  dengan tujuan hidup berkeluarga demi untuk mencapai kebahagiaan. Segala permasalahan dan juga persoalan ini hanya dapat diselesaikan jika kita mengetahui perkara yang sebenarnya.

 
Menghormati Perbezaan

Antara perkara yang boleh menyatukan dan mengharmonikan adalah menghormaati perbezaan yang terdapat di kalangan kita ini lah master P.I.E.C.E (Physical, Intelectual, Imotional & spiritual).  Penyatuan yang agak mudah di lihat dan sukar dipraktikkan?......siapakah kita sebenarnya, sukar sungguh untuk menerima orang lain atau pun makhluk lain dalam hidup kita?....siapa kah kita?.......seseungguhnya tiada apa yang kita punya, tiada apa yang kita ada, apa yang kita adalah milikNya sahaja......kosong...kosong belaka!...

Mari kita cuba dan buat lonjakan Potensi diri untuk kita, nilai diri kita,.......audit diri kita.....fikirkan siapa kita,....Kemana arah kita,....Kemana hala tuju kita.....Apa yang kita mahu, apa yang kita perlu buat, apa yang kita hendak buat......Wallahuallah.....Subhanaallah!...

Monday, November 4, 2013

Cheap Recipe For Health

Recipe for health tonic drink – goji
*Goji Berry “kei chi” 100 gm *Red Dates – pitted tanpa biji 100 gm
*Golden Raisins 100 gm *Prune - pitted 100 gm Apple cider vinegar 250 ml Raw sugar (gula merah) 100 gm
Water just enough to blend Citric acid 30 gm (beli di kedai cake) Honey (madu) 500gm Benzoic acid 1 gm (Boleh dapat di kedai buat kek) * soak in apple cider vinegar overnight and blend till fine, add just enough water Add honey, citric acid and benzoic acid (calculate ) weigh) 200 ppm Store in bottle and refrigerate. Take 1-2 table spoon on empty stomach.
Recipe ini aku dapat dari Dr Hisham (pakar air dan juga gelombang) dia yang banyak memberi tunjuk kat aku, pelajar-pelajarnya dan sesiapa yang nak kan ilmunya semoga bermenafaat pada semua pembaca blog ini.... terima kasih Dr Hisham semoga mendapat keberkataan dari Illahi. Kalau nak keterangan yang lebih lanjut boleh lah call or sms aku. Ku doakan semuga beroleh keberkatan dan keredaan pembaca blog ini dan juga yang cuba mengamalkannya...Selamat mencuba. Al Fatihah... Wasallam

Senyuman Rutin Muslim & Muslimah Tdak Membosankan

Terpanggil aku untuk menulis dan menghayati kata-kata tokoh cendikiawan Negara Dato Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku yanga di tulisnya dan kata-kata yang sering di utarakan sewqaktu berceramah di pelosok negara ini ianya amat bermakna bagi dir ku dan juga pendengar sekelian. Dengan senyuman ia tidak membosankan... Dengan rutian harian yang sama menyuntik semangat Dengan semyuman membuat oran disekeliling bahagia Dengan senyuman kita juga memperolehi sesuatu Dengan senyuman juga kita memperolehi rezaki Dengan senyuman kita mencapai kejayaan Dengan senyuman kita mencapai kebahagian Juga dengan senyum kita awet muda....he he he Senyum Senyum Senyum Pendek kata senyum sentiasa.orang kelantan kata senyum sok mo... Dengan aktiviti senyuman yang berulang-ulang ini kita adalah pembentuk peribadi kita, mengulang-ulang aktiviti dan kegiatan kebaikan juga dapat mengasah diri kita sentiasa menjadi baik seperti jika kita mengasah parang selalu, walaupun tidak lama kita mengasah tetapi kesannya amat mendalam dan menjadi impaq yang amat tinggi pada diri kita wallahuallam....Allah Hu Akbar Jika kita meneliti dan menghayati, bermula dari wakti pagi lagi solat subuh, di ikuti dengan solat zohor waktu tengahari, solat asar waktu petang, magrib waktu senja dan di akhiri dangan solat isya yang telah ditetapkan pada waktu malam ini semua untuk mendidik kita diri kita untuk mendesplinkan diri di landasan yang betuk....Jika kita teliti dan kaji kebanyakkan orang berjaya adalah orang yang sangat berdesplin dan mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Allah.... Dari sini kita dapat mengenal kejayaan hanya dapat di perolehi dengan penjagaan waktu, iaitu menjaga segala aktiviti yang telah di rancang mengikut masa yang telah ditetapkan dan sentiasa berbuatbaik kepada sekian makhlum di dunia ini... Al Fatihah untuk Rasullah Al Fatihah untuk para nabi-nabi Al Fatihah untuk kedua ibu bapa ku, muslimin muslimat Ya ahli bubur muslimin & muslimat Al Fatihah untuk diri, anak-anak ku dan keluarga ku al fatihah untuk para wali-wali Allah dan para malaikat Al Fatihah untuk segala kejadian mu Ya Allah kecuali iblis dan syaitan Al Fatihah Al Fatihah Al Fatihah Umul Al Quran Amin amin Ya Rabal Alamin

Monday, January 17, 2011

MERAWAT SIHIR DENGAN BERBEKAM







MERAWAT SIHIR DENGAN BERBEKAM

1. Baginda membuang sihir tersebut dan menolaknya. Baginda berdoa kepada Tuhannya untuk  membantu baginda dalam hal ini. Baginda mengeluarkan alat guna-guna yang dimasukkan pelakunya ke dalam perigi. Ternyata rambut baginda yang terdapat pada sebuah sikat, kemudian dijemur dipanas tengahari. Ketika baginda mengeluarkannya, semua keluhan yang baginda rasakan segera hilang, seolah-olah  timbul semangat selepas kurang bermaya.

2. Membersihkan tempat dimana sihir itu mengendap, sebab sihir itu memberi kesan kepada tubuh dan penghadaman dalam badan, bahkan secara langsung mengganggu penghadaman.

Di dalam Gharibul Hadis , Abu ubaid menyebut dengan sanad yang hasan dari Abdurrahman bin Abi Laila : “Nabi saw pernah berbekam di bahagian kepalanya menggunakan tanduk, ketika baginda di serang thubb.” Maksud thubb disini adalah sihir.

Berbekam untuk merawat organ yang sakit kerana gangguan sihir termasuk jenis rawatan yang paling mujarab . Hippocrates menegaskan : “ Zat tertentu yang mesti dikeluarkan dari dalam tubuh mesti dipaksa keluar dari bahagian pengendapannya menggunakan perlbagai cara yang patut.” Ini berlaku sebelum baginda mendapat sistem perubatan yang hakiki, iaitu dengan cara menghalau dan menolak sihir tersebut. Baginda berdoa kepada Allah untuk menunjukkan dimana letak alat guna-guna yang disembunyikan pelakunya.

Di antara rawatan paling elok menghadapi sihir ialah menggunakan ramuan ubat berunsur ketuhanan, iaitu ramuan ubat yang secara hakikatnya sudah berkhasiat, sebab sihir timbul dari kesan dan pengaruh ghaib yang jahat dan rendah. Cara mengatasi pengaruhnya ialah dengan ditentang dan digempur melalui bacaan zikir, ayat dan doa yang secara aktif akan menghilangkan tindakbalas, kesan dan pengaruh sihir. Semakin kuat dan jahat kesan dan pengaruh sihirnya, semakin sukar pula proses menghilangkannya.

Menurut para dukun sendiri, ilmu sihir mereka akan bekerja secara penuh terhadap orang-orang yang berhati lemah dan perasa, terhadap jiwa manusia yang dipenuhi nafsu syahawat yang berkaitan dengan perkara-perkara yang hina., Justeru wanita dan anak-anak adalah mangsa utama ilmu sihir mereka, demikian juga dengan orang-orang yang jahil dan penduduk-penduduk terpencil, selain orang yang lemah agamanya, sedikit rasa tawakkalnya dan lemah pula tauhidnya. Selain itu umumnya mangsa sihir adalah orag yang tidak biasa berwirid, berdoa dan beristi`azah yang di ajarkan oleh nabi



Friday, December 24, 2010

KAEDAH MERAWAT DENGAN CARA BEKAM DAN MINUM MADU


Melalui pengalaman yang lepas-lepas dalam merawat penyakit gangguan jin,kaedah mengamalkan bekam sunnah di pusat kepala dan minum madu asli setiap hari mampu menyembuhkan penyakit gangguan jin dengan maksimum,baik santau,sihir mahupun saka.

Selepas menjalani sesi ruqyah oleh perawat islam,pesakit perlu istiqomah menjalani rawatan bekam sunnah di pusat kepala seminggu sekali kerana tapak gangguan selalunya berada di bahagian pusat kepala.Kemudian pesakit juga perlu rajin minum 2 sudu madu asli yang dicampur dengan air ruqyah 3x sehari selama sebulan.Disini kunci kesembuhan berada pada disiplin pesakit untuk mengamalkan 2 kaedah yang saya nyatakan tadi secara konsisten...Selamat mencuba...

Thursday, December 23, 2010

76 PENYAKIT BOLEH DI RAWAT DENGAN CARA BERBEKAM


1) Kegemukan
2) Penyakit kaki gajah
3) Sakit pinggang
4) Sakit perut
5) Sembelit
6) Gangguan jantung
7) Radang perut
8) Alergi makanan
9) Sengal tulang
10) Sesak nafas
11) Asma
12) Insomnia
13) Cirit birit
14) Kejang otot
15) Kencing manis
16) Gangguan pundi
17) Menggigil
18) Kencing malam
19) Tonsil
20) Gatal-gatal
21) Radang usus besar
22) Stress
23) Gangguan pundi hempedu
24) Pusingan haid tidak teratur
25) Masalah Ginjal
26) Tekanan darah tinggi
27) Sakit lutut dan sendi
28) Sakit kaki
29) Sakit tulang belakang
30) Gangguan jiwa
31) Stroke
32) Gout
33) Rematoid
34) Bisul
35) Kurang imun
36) Sinus
37) Sakit kawasan perut
38) Gangguan rusuk
39) Buasir
40) Mandul
41) Kuat tidur
42) Membaiki peredaran darah
43) Pembuluh darah sempit/sumbat
44) Sakit punggung
45) Badan kurus
46) Membuang tabiat merokok
47) Sakit bahu/tengkuk
48) Pekak
49) Jangkitan kuman
50) Kurang daya ingatan
51) Kurang fokus
52) Sakit punggung
53) Gangguan pundi
54) Kaki semut-semut
55) Salah urat
56) Lumpuh menyeluruh
57) Lemah syahwat dan masalah prostat
58) Pening kerana gangguan haid
59) Sakit paha dan tapak kaki
60) Sejuk tapak kaki
61) Tegang/gelisah
62) Tumor otak
63) Lutut yang kaku
64) Gangguan pankreas
65) Kejang-kejang
66) Bisu
67) Penyakit mata
68) Berhenti haid
69) Bengkak testis
70) Tekanan darah rendah
71) Penyakit rahim
72) Keputihan
73) Masalah kesuburan
74) Batuk kronik dan penyakit paru-paru
75) Sihir
76) Saka

Bekam Tidak Mempunyai Kesan Sampingan

"Berbekam pada pagi hari sebelum makan adalah yang terbaik,di dalamnya terdapat penyembuhan dan berkat,serta menambah kekuatan akal dan hafalan."

Dari Abu Hurairah yang berkata,Rasulullah SAW bersabda : "Barangsiapa berbekam pada tanggal 15,  17,19 dan 21,maka itu akan menyembuhkan semua penyakit."

Bekam Di Bahagian Kepala Boleh Merawat Kesan-Kesan Sihir

Penyembuhan dapat diperolehi dengan 3 cara: Pertama, meminum madu. Kedua, dengan berbekam. Ketiga, dengan besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku melakukan penyembuhan dengan besi panas.
"Sesungguhnya pada bekam itu mengandungi penyembuhan"

"Rasulullah SAW melakukan bekam pada kepalanya dengan tanduk ketika disihir orang"
Dari Salma,seorang pelayan Rasulullah SAW bercerita:
"Tidak seorang pun mengadukan rasa sakit di kepalanya kepada Rasulullah SAW melainkan baginda berkata "Berbekamlah".

Bekam Boleh Merawat Kebas-Kebas Kaki Dan Tangan

 MENGHILANGKAN RASA KEBAS-KEBAS DI BADAN

Bagi mereka yang kerap merasa kebas-kebas tangan dan kaki anda di syorkan untuk berbekam di bahagian tangan dan kaki. Perubatan bekam ini terbukti berkesan tanpa kesan sampingan. Selepas sessi bekam biasanya anda akan merasa lebih "ringan" dan "segar".

Bekam Boleh Merawat Penyakit Kulit & Gatal-Gatal

Bagi mereka yang mengalami penyakit kulit dan gatal-gatal yang berlarutan bolehlah mencuba alternatif bekam. Kerana bekam adalah untuk mengeluarkan darah kotor yang tidak di perlukan dalam sistem tubuh badan. Oleh itu sesiapa yang takut dan belum pernah berbekam, silakan berbuat demikian untuk melegakan dan menghilangkan symptom penyakit itu dengan berbekam.

Keunikan Surah Al Fatihah

AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur:
Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian:
Melepaskan rasa sakit dalaman
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur.
Kepada orang berpenyakit mental
AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit.
Sakit yang keterlaluan
AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala.
Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit.
Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
SUKA DIINGATKAN: BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, TAWAKAL KEPADA
ALLAH DAN NIATLAH DENGAN JUJUR, INSYA-ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR
YANG TERBAIK KEPADA SEMUA.

YA-RAHMAN, YA-RAHIM, YA ALLAH
Buatlah sebanyak 3 kali Jumaat berturut-turut:
Baca berulang-ulang kali sepanjang kita duduk lepas sembahyang Asar sehinggalah masuknya waktu Maghrib. Masuk sahaja waktu Maghrib, sebutlah Allahuakhbar, dan teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang MAHA berkuasa dengan apa yang dihajati.
(Percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh, dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari malapetaka, diampunkan dosa dan sebaginya).

AWET MUDA (dalaman dan luaran)
Zikir Baca
Ya Badiyah -1 kali
Ya Nur - 1 kali
Ya Hadi - 1 kali
Ya Allah – 3 kali
Baca dan tiup di tapak tangan dan sapu ke raut muka kita pada setiap hari.
Ayat Al-Waqiah (ayat 35,36,37,38)
Baca setiap hari selepas sembahyang Subuh tiup dalam air dan minum.- Rawatan untuk awet muda luar dan dalaman

BEKAM DARAH BOLEH MERAWAT PELBAGAI PENYAKIT

Bekam darah adalah rawatan yang paling efektif, selamat dan paling berkesan untuk pesakit migrain yang kronik dan sakit-sakit kepala biasa. Lihat saja darah kotor yang terkumpul yang di keluarkan,itulah punca utama kepala anda selalu berasa sakit dan pening kerana terkumpulnya darah kotor tersebut. Jika tidak di buang berkemungkinan besar akan menjadi punca Stroke di mana darah telah membeku di dalam saraf otak kita. Dan bekam sunnah ini adalah di galakkan dibuat sekurang-kurangnya setahun sekali. Pertama kali aku berbekam sewaktu belajar dengan sifu ku Che Wan rasa takut gak, tapi bila dah buat, banyak improvement yang aku dapat, kesihatan pun mangkin bertambah baik so sekarang aku galakkan korang berbekam untuk mengekalkan kesihatan....selamat mencuba.

BEKAM BOLEH MERAWAT SAKIT LUTUT

merawat sakit lutut dengan berbekam

Kebanyakan penyakit yang semakin menular sekarang di antaranya adalah sakit lutut. Tahukah anda sakit lutut anda sekarang boleh di rawat dengan kaedah bekam? Ramai yang tidak tahu... Sekiranya anda mempunyai masalah sakit lutut yang berlarutan cubalah kaedah bekam, insyaAllah anda akan merasai perbezaannya.